TAMPUK KEPIMPINAN KAB GOLD

 

Sri Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.

Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al-Maktoum. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari University of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.

Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apabila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016).

Ust. Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. Selain menguruskan perniagaan sendiri, beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad dan Koperasi Dagang Emas (Pulau Pinang) Berhad.

Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad dan Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Terkenal sebagai Motivator Al-Quran, beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia.

Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas. Selain daripada Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran (JAKIM) beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Undang; kesemuanya daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al-Quran (2017), Kaya Dengan Emas (2019), Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019), Umrah Mudah Sungguh (2019) dan Buat Duit Dengan ConsuMerchant : Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019)

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan. Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing-masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan. Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015–30 Oktober 2019), Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016- 2018) dan Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019). Beliau juga adalah Ahli Penasihat Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2015 – 2021), Panel Penilaian Akademik, Kolej Yayasan Pahang (2016 – 2019), Panel Penasihat Akademik, Kolej UNITI, Perunding Pertubuhan Multaqa Asatizah (MURSHID) (2019 – 2020) serta Ahli Jawatankuasa Unit Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan (2019 -2021).

Antara buku yang pernah beliau hasilkan ialah ber- kenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-isu, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam, Keseimbangan Ekonomi Halal: Analisis dalam Konteks Kesan Sektor Zakat, Menangani Isu- isu Kontenporari Perniagaan Islam Berasaskan Fiqh al-Tijarah dan lain-lain. Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.

Pengiktirafan Patuh Syariah KAB Gold

KAB Gold merupakan syarikat jual beli emas 100% milik bumiputera yang diiktiraf dan di pandu patuh syariah.

  • Dipantau ketat dari masa ke masa oleh Penasihat Syariah Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah.
  • Kepatuhan syariah bagi produk Uncang Emas, Produk Jual Beli Terus (Outright Purchase), Sistem Pemberian Bonus Kepada Wakil Jualan.

Hanya 3 langkah mudah untuk mula menyimpan dengan KAB Gold.

Klik pada butang daftar percuma untuk mendaftar akaun KAB Gold.

Pilih sama ada mahu menyimpan dalam akaun Uncang Emas atau buat Belian Terus.

Buat pembayaran melalui FPX. Transaksi akan direkodkan secara serta merta.

Saya berbesar hati akan berikan 3 buah E-book secara percuma kepada anda.

 

Ada 2 Cara Simpan Emas Di KAB Gold

Cara 1 - Uncang Emas

Belian gram emas di akaun Uncang Emas serendah 0.25g tanpa sebarang caj simpanan dan boleh juga keluarkan emas fizikalnya walaupun 1 gram atau sehingga licin.

Cara 2 - Belian Terus

Belian gold bar/dinar fizikal ready stok di website dan menggunakan postage, KAB Hantar atau ambil di Branch dan simpan sendiri emasnya.

Kelebihan Uncang Emas KAB Gold

Tiada Yuran Pendaftaran

Daftar akaun KAB Gold secara percuma! Tiada yuran pendaftaran dan tiada caj simpanan.

Transaksi Secara Atas Talian

Menyediakan transaksi emas secara atas talian. Beroperasi 24 jam sehari365 hari setahun.

Belian Serendah 0.25gram

Mulakan simpanan uncang emas dengan serendah 0.25g dan tiada gandaan tertentu.

Tebus Menjadi Emas Fizikal

100% Boleh dijual balik atau ditukar menjadi emas fizikal. Tidak perlu tinggal baki minimum dalam akaun.

Apa Itu Uncang Emas?

Previous
Next

Mahu Jana Pendapatan Pasif Disamping Simpan Emas? Ayuh Jadi Wakil Jualan KAB Gold.

Previous
Next

Kelebihan Jadi Wakil Jualan KAB Gold

Dapat Insentif

KAB Gold memberikan insentif belian sendiri, insentif belian pelanggan, dan insentif jualan semula. Inilah sumber pendapatan pasif.
 

Dealership Seumur Hidup

Jadi Wakil Jualan sah seumur hidup. Tiada tarikh luput dan tidak perlu diperbaharui. Malah ianya boleh diwariskan.

Tiada Target Sale

Tiada tekanan. Simpanan sendiri sahaja sudah mendapat insentif. Anda buat, anda dapat. Dan itu pastinya lebih baik.

Tidak Perlu Simpan Stok

Gunakan sistem referral yang disediakan. Hanya bantu dan bimbing orang ramai menyimpan emas bersama KAB Gold.

Bimbingan Berterusan

Program pembangunan ilmu dan kemahiran Wakil Jualan disediakan. Dilengkapi kemahiran sesuai peredaran zaman.

Galeri Emas

MANFAAT MENYIMPAN

jangka masa panjang

Satu pelaburan jangka masa sederhana atau jangka penjang sebagai aset pelaburan.

Mudah di Cairkan

Simpanan yang mudah dicairkan dan laku dimana-mana sahaja.

mesra ar-rahnu

Boleh dicagarkan di Al-Rahnu dengan kadar pinjaman hampir 80% dari harga emas.

jual beli online

Tidak memerlukan pihak ketiga untuk jual beli, boleh jual beli emas pada bila-bila masa.

pulangan tinggi

Kadar pulangan yang lebih tinggi dari Fixed Deposit.

aset warisan

Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa dokumen, mahkamah atau pihak ketiga.

KELEBIHAN EMAS

Berita Baik!

Previous
Next

Caj Premium

Soalan Lazim

Untuk simpanan jangka pendek (kurang 2 tahun), ASB atau Tabung Haji lebih baik. Pulangannya konsisten sekitar 4% – 5% setahun. Tapi untuk jangka panjang, emas lebih baik. Nilainya lebih terjamin dan tak terjejas walauapapun keadaan ekonomi atau politik sesebuah negara.

Walaupun harga emas ada turun naik dalam jangka pendek, tetapi sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata sekitar 10% setahun. Harga emas confirm akan naik dalam jangka panjang disebabkan faktor inflasi dan kejatuhan ringgit.

Duit simpanan jangka pendek, simpanlah dalam ASB atau Tabung Haji. Untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk emas.

Graf sejarah harga emas sejak 1996 (lebih 25 tahun) untuk setiap satu auns (31.1 gram). Kenaikan sebanyak 700%.

Graf sejarah harga emas sejak 1996 (lebih 25 tahun) untuk setiap satu auns (31.1 gram). Kenaikan sebanyak 700%.

Kalau beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar (berketulenan 999.9) lebih menguntungkan. Harga per gram lebih murah sekitar 15% berbanding barang kemas, spread (‘susut nilai’) juga jauh lebih rendah (kurang dari 10%).

Barang kemas tak sesuai untuk tujuan simpanan ataupun pelaburan. Ia cuma sesuai untuk perhiasan. Harganya lebih mahal, dikenakan caj upah tukang, dan spreadnya sangat tinggi (sekitar 25% – 40%). Ia merugikan.

Sama sahaja antara gold bar dan dinar dari sudut potensi keuntungan. Harga per gram sama, spread (‘susut nilai’) sama, ketulenan pun sama (ketulenan 999.9). Bezanya cuma bentuk bulat & segi empat saja. 

Waktu terbaik ialah bila ada duit untuk simpanan sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas, dan sudah faham perkara paling asas tentang emas.

Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah. Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.

Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark. Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.

Simpanan emas terbaik ialah emas fizikal yang ada di tangan kita sendiri. Ia lebih terjamin.

Cuma untuk pastikan kita menabung secara KONSISTEN, saya lebih suka Akaun Uncang Emas. Ia lebih mudah, dan lebih fleksibel.

Uncang Emas juga emas fizikal. Kita boleh menabung dengan bajet serendah 0.25 gram yang bernilai kurang lebih RM70. Bila cukup gram dan nak keluarkan emas fizikal untuk simpan sendiri, boleh keluarkan emas tersebut.

Jangan tunggu harga terbaik, sebab tak siapa tahu bila harga emas paling rendah, kecuali harga tersebut sudahpun jadi sejarah. Dalam jangka pendek, harga emas memang ada turun naik. Tapi dalam jangka panjang, harga emas confirm akan naik disebabkan kuasa beli duit kertas yang sentiasa merosot.

Untuk faham harga emas tinggi rendah, mulakan dulu dengan belian pertama sekurang-kurangnya 1 gram untuk dijadikan sebagai benchmark. Selagi emas fizikal ada di tangan, dan kita beli untuk simpanan jangka panjang, risiko kerugian sangat tipis.

Emas simpanan dikenakan zakat 2.5% sekiranya cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar), dan disimpan untuk tempoh minimum 1 tahun (berdasarkan kalendar hijrah).

Barang kemas juga dikenakan zakat sekiranya jumlah emas tersebut melebihi uruf yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam (mengikut negeri masing-masing).

Maklumat lanjut tentang cara pengiraan zakat, sila rujuk di https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas

Daftar di sini (percuma) :

Setelah berjaya daftar, verify emel yang diterima melalui emel. 

Contact saya di Whatsapp jika ada sebarang persoalan dan nak join support group penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Dengan KAB Gold, boleh mula menabung emas dengan bajet serendah 0.25 gram melalui Akaun Uncang Emas. Dan boleh tambah tabungan pada bila-bila masa dengan bajet kurang lebih RM70 setiap kali belian.

Tidak ada syarat wajib beli setiap bulan.

Item paling kecil boleh dikeluarkan dari Akaun Uncang Emas ialah gold bar 1 gram (berketulenan 999.9) pelbagai design.

Perlukan bimbingan & bantuan?

Ada sebarang persoalan? Perlukan sebarang penjelasan? Perlukan bimbingan? Hubungi saya. Saya sedia membantu.

Kongsikan Manfaat

WhatsApp
Facebook
Scroll to Top